Pura-pura bertanya sebelum samun wanita

Pura-pura bertanya sebelum samun wanita

LAKARAN wajah suspek yang disyaki terlibat kejadian samun seorang suri rumah di Jalan Pasar, Bagan Datuk, Perak, Jumaat lalu. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian samun seorang suri rumah di Jalan Pasar, Bagan Datuk di sini Jumaat lalu.

Kejadian sekitar pukul 10.15 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 54 tahun baru pulang dari kedai dan berada di atas motosikal di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku ketika suspek menghampiri mangsa kononnya mahu bertanya mengenai inap desa untuk disewa sebelum merampas beg wanita itu yang diletakkan dalam raga motosikal.

Katanya, suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal.

 “Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM800 melibatkan telefon bimbit dan wang tunai. Mangsa tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun tanpa senjata,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN