SEREMBAN: Terserah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memilih ‘khemah’ yang Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan sertai bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Mahathir berhak tidak setuju dengan pemimpin-pemimpin lain, tetapi perlu diketahui ramai juga pemimpin lain tidak bersetuju dengan Ahli Parlimen Langkawi tersebut. “Mungkin beliau ada khemah besar yang lain, kita…










