Rasuah projek KVMRT: Perancis minta bantuan Malaysia

Rasuah projek KVMRT: Perancis minta bantuan Malaysia

KVMRT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Peran­cis meminta bantuan Malaysia bagi menyiasat tiga syarikat kejuru­teraan yang menjalankan projek Klang Valley Mass Rapid Transport (KVMRT) kerana disyaki mela­kukan penipuan dan rasuah bagi melaksanakan projek berkenaan.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, negara itu telah menghantar permohonan rasmi melalui Mutual Legal Assistant (MLA) kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan berkenaan.

Kata sumber itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk permohonan tersebut dengan AGC untuk melihat bantuan dan keperluan pihak berkuasa Perancis.

“Antaranya penyiasat Perancis memohon untuk mengambil keterangan beberapa individu di sini berhubung dakwaan penye­le­wengan dan rasuah.

“Kita tidak boleh buat kesim­pulan secara terburu-buru. SPRM sedang berbincang dan berhubung dengan pihak Ja­ba­tan Peguam Negara mengenai perkara ini,” jelas sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan sebuah syarikat berkepentingan awam di negara ini sedang disiasat kerana dipercayai menipu dan terbabit dalam amalan rasuah ketika me-laksanakan projek KVMRT.

“Ya, saya sahkan, ada syarikat public listed terlibat. Namun saya tidak dapat membe­ritahu lebih terperinci mengenai per­kara itu,” jelasnya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan tiga syarikat kejuruteraan yang disiasat dalam penipuan dan rasuah melibatkan projek KVMRT kerana dipercayai membayar RM54 juta kepada individu tertentu.

Jumlah yang dibayar adalah balasan bagi satu projek yang diterima tiga syarikat ber­kenaan.

Isnin lalu, akhbar ini mendedahkan senarai beberapa nama individu kenamaan dan syarikat berkepentingan sudah berada dalam radar SPRM selepas didakwa menerima rasuah bagi menjayakan projek-projek awam.

Ia selepas pihak berkuasa Perancis menerima dakwaan serius membabitkan tiga syarikat kejuruteraan yang menjalankan projek KVMRT didakwa melakukan penipuan dan rasuah.

SPRM ketika ini difahamkan sedang meneliti secara menyeluruh meliputi tiga skop iaitu projek LRT di sebuah lokasi, projek MRT dan LRT3.

RM30 bilion

Ketiga-tiga projek mega itu membabitkan nilai RM30 bi­lion dalam tempoh sejak 2011 sehingga kini.
Projek berkenaan didakwa dilaksanakan oleh sebuah syarikat di negara ini yang dikaitkan dengan sebuah konglomerat Perancis yang ter­kenal dengan kes-kespenipuan dengan memalsukan ujian keselamatan dan kualiti yang dilaksanakan.

Sumber itu menjelaskan, salah satu daripadanya adalah syarikat senarai awam di Pe­rancis yang memulakan projek infrastruktur mega di beberapa negara termasuk lebuh raya, lapangan terbang dan perumahan.

Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan memberi jaminan akan bekerjasama de­ngan SPRM bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung dakwaan rasuah tersebut.

Di Putrajaya, Menteri Pe­ngangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau sudah membaca laporan oleh pe­ngendali KVMRT, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berhubung isu itu pada Mac lalu.

Beliau bersedia membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dan rasuah membabitkan projek KVMRT)yang disiasat pihak berkuasa Perancis.

“Saya terbuka dan kita tiada isu. Biarlah pihak berkuasa siasat perkara itu dan kita tidak gentar dengan apa sekali pun,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN