Polis terima laporan kes khianat kereta jiran - Utusan Malaysia

Polis terima laporan kes khianat kereta jiran

MOHD. FAZLEY AB. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak polis telah menerima laporan kes khianat ke atas kereta milik seorang lelaki dipercayai jiran kepada pemilik rumah yang diubah suai taman kelulusan di Taman Surian, Mantin di sini seperti yang tular semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, laporan itu diterima pada Sabtu lalu dan kedua-dua belah pihak yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Fokus siasatan menjurus kepada kejadian khianat yang dilaporkan.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Fazley berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menyebabkan kerugian.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Pihak polis justeru menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelak kekeliruan dan kegusaran awam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kebimbangan seorang lelaki mengenai sebuah rumah di sebelah kediamannya di Taman Surian, Mantin di sini yang dipercayai tiada kelulusan pengubahsuaian daripada pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Susulan aduan lelaki itu kepada MBS, pemilik kediaman itu dipercayai menyerang dengan menumbuk kereta dan cermin kereta milik lelaki itu sehingga retak.

Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Mantin, Nilai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya