Polis diminta siasat pengguna Facebook Siti Aishah

Polis diminta siasat pengguna Facebook Siti Aishah, dakwa kerajaan hapus semua subsidi

MOHD. ZAI MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak polis diminta menyiasat seorang pengguna Facebook, Siti Aishah Shaik Ismail yang didapati mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan mendakwa kerajaan akan menghapuskan semua subsidi dalam negara.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd. Zai Mustafa berkata, kenyataan individu itu jelas sekali cuba menyebarkan kebencian kepada kerajaan dengan membuat kenyataan tidak benar melalui platform media sosoal semata-mata untuk menghasut orang ramai.

Katanya, dalam hantaran Facebook Siti Aishah, dia menulis: “1 Julai ini bukan tarikh keramat tapi tarikh derita. Semua subsidi dalam negara akan dilupus semua, semua subsidi yang membantu rakyat dari bebanan harga semuanya akan diambil semula oleh pemerintah negara.”

“Kenyataan beliau ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyebut seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar membuat apa-apa hantaran atau komen palsu dengan niat untuk menyakitkan hati.

“Kenyataan beliau ini adalah berbahaya kerana ia menyebarkan kebencian kepada kerajaan malah merupakan satu kesalahan juga di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan bantuan tunai langsung kepada golongan miskin selepas menghapuskan subsidi untuk beberapa barangan keperluan termasuk ayam, telur dan minyak masak botol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya