Perlu dasar jelas martabat bahasa Melayu- Anwar

Perlu dasar jelas martabat bahasa Melayu – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Malaysia perlu mempunyai dasar jelas bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam usaha mencapai objektif menjadikan bahasa kebangsaan itu sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia perlu dimartabatkan melalui seluruh sistem persekolahan dan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Kata beliau, jika benar mahu mencapai objektif tersebut, kerajaan perlu mendukung program-program seperti pesta buku sebagai satu program nasional yang penting.

“Ini yang salah dalam sikap kalangan pimpinan negara, kita nak martabatkan bahasa Melayu dari sudut slogan sahaja. Kalau benar mahu mengangkat bahasa kebangsaan maka jadikan pesta buku ni sebagai program nasional.

“Bantu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi satu gedung yang penting di dalam negara kita, kalau benar hendak mendukung bahasa terjemah dan mengangkat martabat bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu,” katanya selepas peluncurun buku kombo merdeka 65 tahun A. Samad Said dan pesta buku di Pusat Dagangan Dunia WTC hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN