Penunggang p-hailing maut, motosikal rempuh belakang lori

 Penunggang p-hailing maut, motosikal rempuh belakang lori

KEADAAN motosikal seorang penunggang p-hailing selepas merempuh belakang sebuah lori di Jalan Desa Pinggiran Putra, berhampiran Putrajaya. - IHSAN IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori berdekatan Desa Pinggiran Putra, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.31 pagi tu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 Dream gagal mengelak sebuah lori yang tiba-tiba membelok ke kiri jalan untuk memasuki sebuah lorong. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke arah Dengkil. 

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Isuzu tiba-tiba membelok ke kiri jalan dipercayai mahu menuju ke kandang lembu sebelum dirempuh mangsa dari arah belakang. 

“Mangsa yang berusia 26 tahun maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayat di bawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. 

“Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari Seksyen 2, Bandar Baru Bangi dan bekerja sebagai penyelenggaraan bangunan  selain bekerja sambilan sebagai penunggang p-hailing,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Wan Kamarul berkata, kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya