Pencinta kleptokrat, kluster mahkamah UMNO halang perpaduan MN

Pencinta kleptokrat, kluster mahkamah UMNO halang perpaduan MN – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan ‘pencinta kleptokrat dan pengikut kluster mahkamah‘ dalam UMNO yang menghalang perpaduan Muafakat Nasional (MN).

Ini kerana, katanya, alasan-alasan yang dikemukakan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berhubung pendirian partinya menolak Bersatu daripada menyertai MN hanyalah sekadar helah dan alasan semata-mata.

“Kononnya marah sebab tertubuhnya Perikatan Nasional (PN) sehingga tak jadi bermuafakat. Padahal PN mula berfungsi sejak Februari 2020 dan didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Surat jemputan masuk MN pula bertarikh 13 Ogos 2020,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengemukakan sepucuk surat yang ditujukan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan judul ‘Jemputan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional’.

Malah, dalam surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, ia mengalu-alukan Bersatu menyertai MN dan menjemput Muhyiddin bagi merealisasi harapan kedua-dua UMNO dan Pas di MN.

Wan Saiful menjelaskan, jemputan itu dihantar kepada Bersatu selepas PN ditubuhkan.

“Kalau betul tak setuju PN ditubuhkan, kenapa jemput masuk MN selepas PN tertubuh? Masa bos kamu Zahid Hamidi tandatangan surat jemputan, dia terlupa bahawa dia sepatutnya marah ke?

“Kalau nak cipta alasan bagi pihak bos kamu Zahid Hamidi sekali pun, periksa la tarikh itu dulu. Jangan senang sangat kantoi.

“Walau apa pun, ini bukti tuntas bahawa yang menjadi masalah dan menghalang perpaduan ialah pencinta kleptokrat dan pengikut kluster mahkamah. Jangan nak salahkan orang lain pula. Apa lagi alasan dan cerita yang nak direka-reka selepas ini?” katanya.

Katanya lagi, berdasarkan kenyataan Shahril Hamdan, beliau menganggap pihak yang menolak perpaduan ialah pencinta kleptokrat dalam UMNO.

“Selepas ini jangan berhelah lagi seolah-olah mahukan perpaduan. Lengkap dengan alasan-alasan yang baru dicipta. Adakah ini pandangan rasmi MN setelah dibawa bermesyuarat?

“Atau pencinta kleptokrat memandai-mandai cipta alasan tanpa bermesyuarat? Kluster mahkamah UMNO memang terkenal dengan perangai Abang Long yang mendominasi keputusan, berlagak seperti suara mereka adalah suara semua. Bila pula MN putuskan sedemikian, atau unilateral sahaja?” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN