Pencalonan SK Kempadang mampu angkat nama baik Malaysia

Pencalonan SK Kempadang mampu angkat nama baik Malaysia

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di sini dan kerajaan negeri yakin pencalonan dua buah sekolah termasuk SK Kempadang dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia mampu mengangkat nama baik Malaysia di persada dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, diharap SK Kempadang yang dicalonkan dalam kategori ‘Inovasi’ dapat mengungguli anugerah berkenaan. 

Menurutnya, kerajaan negeri mengucapkan tahniah kerana tercalon dalam 10 senarai pendek.

“Anugerah itu dilancarkan organisasi peringkat global iaitu T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express. Majlis penganugerahan itu telah menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai bernilai ASD250,000 kepada mereka yang berjaya.

“Tahniah juga kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa, Klang, yang turut tercalon dalam anugerah sama bagi kategori Menangani Cabaran,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Wan Rosdy berkata, seperti mana dinyatakan pengasasnya, Vikas Pota, sekolah dalam senarai pendek itu dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang berjaya mengubah kehidupan murid.

Katanya lagi, penilaian dibuat dengan melihat daripada segi sumbangan sekolah yang mampu melakukan perubahan juga kepada komuniti sekali gus menjadi sekolah contoh kepada orang ramai

“Tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat.

“Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada Minggu Pendidikan Dunia yang diadakan pada 16 hingga 21 Oktober depan dan akan menerima ASD50,000. Justeru itu, saya mendoakan agar kedua-dua sekolah ini berjaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya