Pemilik ingkar arahan roboh binaan, MBS ambil tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

Pemilik ingkar arahan roboh binaan, MBS ambil tindakan undang-undang

SEBUAH rumah di Taman Surian, Mantin, Seremban yang pemiliknya didapati melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan sehingga mencetuskan rasa bimbang jiran. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menerusi Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaannya akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap pemilik rumah yang didapati mengubah suai kediaman tanpa kelulusan di Taman Surian, Mantin di sini seperti yang tular di media sosial semalam.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis arahan dan sitaan di tapak binaan sebanyak tiga kali kepada pemilik bangunan bagi memberhentikan kerja-kerja binaan dan merobohkan binaan tambahan tersebut.

“Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya ke atas kes ini kerana keingkaran pemilik mematuhi notis yang telah dikeluarkan.

“Majlis memandang serius atas kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan ini. Sebarang kerja-kerja pengubahsuaian bangunan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada majlis terlebih dahulu.

“Lebih-lebih lagi dalam menjaga aspek keselamatan dan mengelakkan gangguan ketenteraman awam yang boleh mencetuskan sensitiviti warga bandar raya yang berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masri berkata, segala tindakan yang diambil adalah bertujuan bagi menyejahterakan keharmonian warga bandar raya.

Semalam tular di media sosial, dakwaan seorang penduduk berhubung pembinaan rumah tanpa kelulusan di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin di sini yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penghuni lain di taman perumahan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya