Pelajar ditekap seterika panas dibenar keluar hospital

Pelajar ditekap seterika panas dibenar keluar hospital

MIOR FARIDALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah berasrama di Teluk Intan yang dipukul 10 pelajar senior Khamis lalu, dibenarkan pulang dari hospital semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa sebelum ini dirawat di Hospital Teluk Intan selepas mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Menurut Mior Faridalathrash,  mangsa mengalami retak tulang rusuk belakang dan kecederaan tisu lembut pada betis kanan, dada, belakang badan, kedua-dua lengan, dagu dan pipi.

“Ada kesan melecur ditekap seterika di bahagian belakang badan sebelah kanan mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, reman semua suspek tidak akan disambung esok dan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk arahan lanjut,” katanya.

Semalam, Mior Faridalatrash Wahid berkata, kejadian tersebut berpunca daripada cemburu selepas mangsa dikatakan berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita kepada salah seorang suspek terlibat.

Katanya, mangsa dipukul oleh 10 pelajar berusia antara 16 hingga 17 tahun di asrama sekolah berkenaan antara pukul 12.30 malam sehingga 1 pagi.

Semua suspek yang terlibat telah ditahan pihak polis pada hari sama laporan dibuat oleh keluarga mangsa.

Sebelum ini, mereka ditahan reman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN