Pekerja kilang rugi RM11,300 tertipu aplikasi tawar khidmat pelacuran

Pekerja kilang rugi RM11,300 tertipu aplikasi tawar khidmat pelacuran

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pekerja kilang kerugian sebanyak RM11,300 selepas terpedaya dengan penipuan perkhidmatan pelacuran menerusi aplikasi dalam talian, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, semasa mangsa iaitu lelaki berusia 36 tahun berada di sebuah kilang di Bahau di sini, mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan seorang wanita untuk perkhidmatan pelacuran.

“Mangsa telah membuat pembayaran beberapa kali dan pertama berjumlah RM300 Selepas pembayaran, mangsa telah diminta menghantarkan gambar kad pengenalan sebagai bukti.

“Dalam urusan tersebut pengadu telah membuat 22 kali tambah nilai ke aplikasi Razer Gold & Silver Jam berjumlah RM11,300. Pengadu ada bertanyakan kepada rakannya tentang hal tersebut dan kemudian diberitahu aplikasi tersebut merupakan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa telah membuat laporan polis kerana ditipu dan bimbang gambar kad pengenalannya akan disalah guna mana-mana pihak dikemudian hari.

“Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN