PBS hargai isyarat politik Warisan, tolak bekerjasama - Utusan Malaysia

PBS hargai isyarat politik Warisan, tolak bekerjasama

MAXIMUS ONGKILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menghargai isyarat politik yang ditunjukkan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang ingin bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Walau bagaimanapun, PBS menolak untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRU-15 kerana ingin mengekalkan kerjasama bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, PBS kekal setia bersama gabungan politik yang dibentuk secara rasmi iaitu GRS.

Beliau berkata, PBS menghargai kesediaan Warisan yang ingin bekerjasama dengan parti itu pada PRU-15.

Namun, sebagai parti tempatan tertua di Sabah, PBS komited untuk terus berada di dalam GRS.

“Kami sangat menghargai isyarat politik Warisan yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie yang ingin bekerjasama pada pilihan raya akan datang.

“Tetapi, sebagai parti tempatan yang berbilang kaum, kami memberi komitmen dan taat setia sepenuhnya kepada GRS, selaku pengasas dalam GRS,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan hari ini.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, perjuangan GRS seperti yang dikatakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor adalah demi kepentingan rakyat.

“Justeru, kami mengajak Warisan dan penyokongnya untuk bersama-sama mencapai matlamat demi pembangunan Sabah serta menjamin keamanan dan keselamatan negeri supaya kita bebas daripada isu pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Menurut beliau, mana-mana parti politik di negeri ini boleh bersama-sama berjuang demi rakyat Sabah, tanpa perlu menyertai GRS.

Pada Ahad lalu, Mohd. Shafie secara terbuka menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PBS bagi membentuk gabungan di peringkat tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya