SHAH ALAM: Pas Selangor bertegas meneruskan formula pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang seperti dipersetujui sebelum ini berteraskan ‘Penyatuan Ummah’ bersama Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru di negeri ini. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincangan pertimbangan prinsip dan formula dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini dan sehingga kini pendirian Pas Selangor tidak bercanggah dengan keputusan Pas Pusat. “Pas Selangor komited dalam Agenda Penyatuan Ummah terutama bersama parti-parti teras Melayu Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti bukan teras Melayu Islam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya