Nelayan ditemukan mati dalam bot di tengah laut

Nelayan ditemukan mati dalam bot di tengah laut

WAHAB Salleh ditemukan mati dalam bot ketika keluar menangkap ikan di perairan Kemaman, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kehilangan seorang nelayan yang tidak pulang dari menangkap ikan terjawab apabila mayatnya ditemukan terbaring dalam bot di tengah laut di sini, malam tadi.

Mayat Wahab Salleh, 77, ditemukan anaknya di kedudukan tiga batu nautika dari Kuala Kemaman, kira-kira pukul 8 malam. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa keluar ke laut pada pukul 5 pagi dan kebiasaannya pulang semula pada pukul 1 petang.

“Bimbang melihat mangsa tidak pulang hingga lewat petang, anaknya keluar mencari di jeti sebelum dimaklumkan oleh nelayan lain yang ternampak bot bapanya di laut.

“Pemuda itu kemudian menemukan bot bapanya namun mangsa  didapati sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN