Nak rembat kepala Jebat? Seluar dalam pun mak beli… - Sharnaaz Ahmad

Nak rembat kepala Jebat? Seluar dalam pun mak beli… – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad, 37, mengaku peka dengan satu ciapan pengguna Twitter yang dianggap tidak menjaga kata dan laku sehingga tergamak menyentuh mengenai anaknya, Jebat Jayden.

Menurut Sharnaaz, ciapan yang bertulis ‘nak rembat kepala Jebat Jayden’ itu membuatkan dia perlu membalas semula ciapan itu lantaran menganggap tindakan pengguna terbabit tidak bertanggungjawab selain berbaur negatif.

Sehubungan dengan itu, kata Sharnaaz, dia mencadangkan supaya pihak kerajaan mewajibkan setiap pengguna media sosial berdaftar dengan maklumat yang sahih.

“Mudah saja, kerajaan perlu wartakan setiap pengguna media sosial perlu berdaftar supaya pemilik akaun adalah pemilik satu entiti yang mudah dikenal pasti dan bukan akaun palsu.

“Jadi mudah pihak berkuasa tangani masalah wira papan kekunci seperti ini dan ancaman pada individu lain. Contoh seperti budak ini yang spender (seluar dalam) pun mak beli. Kerajaan perlu lebih peka. Ini untuk kebaikan semua,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia sudah menerima permohonan maaf, pelakon drama I Promise Janji Anaqi ini enggan memgambil peduli.

“Tak penting pun. Sebab kebanyakan wira papan kekunci ini memang depan-depan menggigil. Jadi abaikan. Teruskan pandang ke depan,”katanya.

Terdahulu, pada Rabu lalu, pemilik akaun @Anisafka telah membuat ciapan yang berbunyi; ‘Anak Sharnaaz si Jebat tu kalau aku rembat kepala dia eeeiii.’

Tanpa perlu menunggu lama, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad terus memberi respon membalas ciapan tersebut.

“Kenapa ya? Kalau saya rembat kepala awak boleh? Bagitau bila boleh?”

Bagaimanapun, ‘tweet’ itu telah dipadam serta akaun tersebut diletakkan dalam mod privasi.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya