Masjid di Melaka bebas anjur korban

Masjid di Melaka bebas anjur korban

SULAIMAN Md. Ali bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Awam Melaka, Bachang, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri membenarkan ibadah korban Hari Raya Aidiladha dilaksanakan di kawasan terbuka tanpa had jumlah haiwan atau tempoh pelaksanaan. 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, prosedur operasi standard (SOP) Aidiladha telah dilonggarkan susulan negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik Covid-19 sejak 1 April lalu.

Katanya, keputusan itu merupakan hasil perbincangan bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang dilakukan baru-baru ini. 

“Pada tahun ini kita benarkan majlis korban diadakan di kawasan terbuka, terpulang pada pihak masjid serta surau nak buat berapa ekor pun, kita tiada halangan. Bagaimanapun, kita tetap akan keluarkan satu SOP sebagai garis panduan kepada umat Islam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Awam Melaka, Bachang di sini hari ini. 

Pada tahun lalu, Melaka hanya membenarkan aktiviti korban diadakan di masjid dan surau terpilih dengan bilangan haiwan korban terhad kepada lima ekor sehari. 

Selain itu, seramai 25 petugas berdaftar sahaja dibenarkan hadir ke tempat pengurusan korban, manakala peserta korban adalah tujuh orang bagi setiap lembu dan perlu dilaksanakan dalam tempoh empat hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya