Majikan beri alasan tidak tahu perlu buat caruman Perkeso kepada pekerja - Utusan Malaysia

Majikan beri alasan tidak tahu perlu buat caruman Perkeso kepada pekerja

FUAD Alias (dua dari kanan) ketika melakukan pemeriksaan di sebuah premis dalam Op Kesan yang dijalankan di sekitar Senawang, Seremban hari ini. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Masih ramai majikan dalam kalangan peniaga-peniaga yang tidak membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada pekerja-pekerja mereka dengan alasan tidak tahu keperluan untuk berbuat demikian.

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Fuad Alias berkata, alasan tersebut antara kerap diterima hasil Operasi Pengesanan Majikan dan Orang Bekerja Sendiri (Op Kesan) yang diadakan di sekitar Senawang di sini hari ini.

Jelas beliau, Op Kesan tahun ini memberi tumpuan mengesan majikan-majikan yang masih belum mendaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan juga Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Katanya, sebelum Op Kesan dilaksanakan, Perkeso memberikan tempoh pemutihan sepanjang Mei lalu dengan membuka peluang majikan yang layak tetapi masih belum berdaftar supaya berbuat demikian secara sukarela sebelum 1 Jun.

“Majikan yang mendaftar sebelum tarikh tersebut tidak akan dikenakan tindakan kompaun dan pendakwaan walaupun telah melebihi tempoh yang ditetapkan. Mereka juga akan dikecualikan daripada Faedah Caruman Lewat Bayar yang bakal dikenakan.

“Sepanjang tempoh pemutihan mulai 1 hingga 31 Mei lalu, sejumlah 224 majikan baharu tampil mendaftar,” tambahnya.

Jelas beliau, operasi hari ini disertai lebih 70 anggota Perkeso Seremban dan ia merupakan usaha berterusan bagi memastikan semua pekerja yang layak, mendapat perlindungan keselamatan sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya