LKIM kenal pasti aktiviti kartel monopoli pendaratan ikan

LKIM kenal pasti aktiviti kartel monopoli pendaratan ikan

SYED Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kiri) bersama nelayan pada majlis penyerahan enjin sangkut kepada PNK Matang di Jeti Kampung Tebuk Matang di Bukit Gantang, Perak, semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengenal pasti aktiviti kartel besar membeli ikan dalam skala besar daripada nelayan di pusat-pusat pendaratan ketika musim pendaratan yang banyak ketika ini.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati terdapat aktiviti kartel di pusat-pusat pendaratan seluruh negara namun tidak pasti jumlah kartel yang terlibat.

Katanya, kumpulan kartel itu sudah mula membeli sebanyak yang mungkin ikan di pusat atau jeti pendaratan.

Menurutnya, ikan yang dibeli dibeku dan disimpan berikutan dalam tempoh beberapa bulan ini adalah musim pendaratan ikan yang banyak.

“Sebab itu LKIM perlu bertindak segera  membuat perkara sama seperti pembeli besar atau kartel dengan membeli ikan terus di pusat pendaratan nelayan. Jika kartel membeli dengan harga tinggi, LKIM juga boleh membeli dengan harga sama namun hendaklah melalui kaedah yang betul.

“Dengan cara ini LKIM akan mendapat stok ikan yang banyak dan boleh dikeluarkan ketika musim tengkujuh atau pada waktu bekalan berkurangan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga ikan,” katanya semasa majlis penyerahan enjin sangkut Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang di Kampung Tebuk, Matang dekat sini semalam.

Mengenai kaedah bagi membendung aktiviti kartel ikan daripada  berleluasa, Syed Abu Hussin berkata, LKIM kini sedang menyiapkan tender kepada syarikat yang layak untuk membekalkan ikan kepada pihaknya.

“Ini bertujuan menambah stok simpanan ikan sejuk beku,” katanya.

Akhbar melaporkan, LKIM bimbang pihak kartel akan memonopoli pendaratan ikan nelayan sekiranya LKIM tidak bertindak segera membeli hasil pendaratan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN