Lelaki gila seks tunjuk kemaluan ditahan polis 

Lelaki gila seks tunjuk kemaluan ditahan polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lelaki gila seks yang menunjuk kemaluan kepada pelajar sekolah di sini  Rabu lalu, ditahan polis tengah malam semalam. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 38 tahun yang juga penganggur itu ditahan di rumah ibunya di sini, pukul 12.30 tengah malam semalam. 

Beliau berkata, pihaknya merampas sebuah kereta jenis Proton Persona beserta  serangkai kunci dan alat kawalan jauh selain sehelai baju warna hitam dan sehelai seluar jeans. 

“Soal siasat mendapati, suspek mengaku terlibat dalam perbuatan itu dan memaklumkan ke sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah di Presint 11 masing-masing pukul 12.30 tengah hari dan 2 petang. 

“Ketika berada di hadapan sekolah berkenaan, suspek mendekati dan bertanya kepada salah seorang pelajar perempuan sambil menunjuk dan menggoncang kemaluannya,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Katanya, siasatan juga mendapati suspek anak keempat dalam keluarga, masih bujang, tiada rekod jenayah lampau dan tinggal bersama ibunya berusia 74 tahun.

A. Asmadi berkata, suspek sebelum ini pernah bekerja sebagai juruelektrik dan penunggang p-hailing selain bergiat dalam tabligh.

Jelasnya, suspek ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN