Kompleks sukan Kelantan mula dibina tahun depan

Kompleks sukan Kelantan mula dibina tahun depan

WAN Roslan Wan Hamat (dua dari kanan) bermesra dengan peserta yang menyertai sukan Bocce di KADA, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerja-kerja pembinaan kompleks sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh, di sini yang bernilai RM270 juta akan bermula awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sebagai langkah awal kerajaan negeri sudah pun menyelesaikan urusan melibatkan kawasan tapak projek.

Menurutnya, urusan itu melibatkan status tanah dan jalan masuk ke kawasan tapak pembinaan kompleks berkenaan.

“Lain-lain kita sedang menunggu daripada pihak kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan. Untuk makluman tander bagi projek itu pihak kerajaan telah membuat penilaian mengikut senarai yang dimuktamadkan.

“Tender akan dibuka pada akhir tahun ini dan paling lewat dijangka pembinaan dimulakan awal tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup dan penyampian medal kepada pemenang Kejohanan Bocce Prelude Sukan Malaysia (Sukma) di Arena Bocce Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Jalan Dato’ Lundang, di sini hari ini.

Wan Roslan memberitahu, kerajaan negeri berharap projek pembinaan kompleks sukan itu dapat disiapkan sebelum Sukma berlangsung di negeri ini mengikut pertandingan yang telah disenaraikan.

Katanya, pembinaan kompleks itu melibatkan dewan tertutup, dua padang hoki, gelanggang tenis dan futsal, lapang sasar menembak dan lain-lain lagi.

Sementara itu Wan Roslan berharap sukan  Bocce  diharap dapat disenaraikan pada kejohanan Sukma 2026 nanti.

Temasya Sukma Ke-22 menyaksikan Kelantan julung kali menjadi tuan rumah dijadualkan berlangsung pada 2024 namun terpaksa ditunda ke tahun 2026 ekoran penularan Covid-19 di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya