Kereta lama bukan faktor utama kesesakan jalan raya

Kereta lama bukan faktor utama kesesakan jalan raya

TUAN  Azman Tuan Yahya (tengah, baju merah) bersama pemilik kereta lama di Alamanda Seri Bayu, Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kereta yang berusia lebih 10 tahun dilihat faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kesesakan jalan raya di negara ini kerana dia diselenggara dengan baik oleh pemilik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kelab Retro Klasik Kelantan (KRKK), Tuan Azman Tuan Yahya berkata, bagaimanapun cadangan melupuskan kenderaan tersebut dilihat kurang wajar memadangkan ia merupakan pengangkutan utama golongan yang berpendapatan rendah (B40).

“Kami melihat proses (melupuskan kenderaan berusia lebih 10 tahun) tidak sesuai dilaksanakan memandangkan rakyat negara ini masih belum mencapai pendapatan tinggi.

“Jadi, kami menyokong penuh pandangan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong agar kajian terperinci dibuat sebelum keputusan diambil termasuk tidak membebankan rakyat dengan kadar insuran yang tinggi,” katanya pada Program Himpunan Kereta Klasik Pasir Puteh  di Alamanda Seri Bayu, Pantai Bisikan Bayu, Semerak, di sini hari ini.

Lebih 400 pemilik kereta klasik berusia antara 20 hingga 72 tahun dari seluruh negara menyertai program tersebut.

Tuan Azman memberitahu, kereta lama mempunyai harga yang tersendiri dalam kalangan pecinta dan peminatnya.

Katanya, rata-rata pemilik dan pencintanya sanggup mengeluarkan belanja untuk menjaga kereta tersebut termasuklah membeli insuran serta membayar cukai jalan sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan.

“Kereta lama hanya digunakan untuk perjalanan jarak dekat sahaja termasuk untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan ke tempat kerja. Jadi kereta lama bukan penyebab kepada kesesakan jalan raya sebagaimana yang didakwa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya