Keputusan STAM 30 Jun ini   - Utusan Malaysia

Keputusan STAM 30 Jun ini  

KPM mengumumkan keputusan STAM akan dikeluarkan pada 30 Jun ini. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun ini. 

KPM menerusi kenyataan hari ini berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM dari sekolah masing-masing mulai pukul 10  pagi. 

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada 30 Jun ini. 

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu semakan secara dalam talian dan sistem pesanan ringkas (SMS). 

“Bagi semakan secara dalam talian, ia boleh dilakukan menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun sehingga pukul 6 petang pada 6 Julai. 

“Bagi semakan menerusi SMS pula, boleh mendapatkan rumusan keputusan STAM 2021 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” kata kenyataan itu. 

Sistem semakan keputusan peperiksaan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun sehingga pukul 6 petang pada 6 Julai ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.