Kematian penuntut UPM tiada unsur jenayah

Kematian penuntut UPM tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kematian penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) di dalam bilik kolej kediamannya semalam didapati tiada sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata,bagaimanapun, punca kematian pelajar berkenaan masih belum diketahui.

“Kita masih menunggu laporan kimia,” katanya ringkas di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia, Nuruliman Ibrahim ketika dihubungi berkata, jenazah Adam Fazery Jeffry telah dibawa pulang ke Segamat, Johor untuk urusan pengebumian.

Kata beliau, segala kos pengurusan jenazah termasuk perkhidmatan van jenazah telah diuruskan pihak universiti.

“Allahyarham merupakan anak sulung daripada dua beradik dan cucu sulung kepada keluarganya.

“Jenazah Allahyarham telah diserahkan kepada warisnya semalam,” ujarnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nuruliman menyifatkan Allahyarham Adam Fazery merupakan seorang yang pendiam dikalangan rakan-rakannya.

“Allahyarham seorang pelajar yang baik dan taat kepada ibu dan bapa serta perintah agama. Dia rajin berpuasa dan tidak pernah tinggal solat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu, mayat Adam Fazery,29, ditemukan dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katilnya

Laporan mengenai kejadian daripada pusat kawalan universiti berkenaan selepas mendapati bau busuk dalam bilik berkenaan.

Kata beliau, ketika ditemukan, mangsa berada dalam keadaan tidak memakai baju dan berseluar panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya