Kejohanan TSM Golf Challenge kembali, tawar hadiah RM260,000

Kejohanan TSM Golf Challenge kembali, tawar hadiah RM260,000

DARI kanan: Pengarah Kejohanan, Azmi Jusoh; Wan Shalihudin Wan Ibrahim, Presiden TSM Golf Challenge, Datuk Ir. Zainuddin Mohd. Radzi; Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Setiausaha Kehormat MGA, Zulkifli Ismail bergambar bersama Piala Pusingan TSM Golf Challenge di KLGCC, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19, piala pusingan TSM Golf Challenge kembali menjadi medan perebutan pemain-pemain golf amatur negara ini apabila ia bakal berlangsung pada 14 hingga 16 Jun ini di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Kejohanan edisi ke-12 ini bakal disertai seramai 88 pemain bawah 21 tahun yang sudah dikenal pasti oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) di mana pemilihan peserta dibuat berdasarkan mata yang terkumpul pada kejohanan-kejohanan dalam siri Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) sebelumnya.

Pengerusi kejohanan TSM Golf Challenge, Datuk Wan Shalihudin Wan Ibrahim berkata, kejohanan TSM Golf Challenge kini dimasukkan ke dalam ranking amatur dunia dan ia pastinya menjadi platform kepada pemain-pemain muda untuk mengumpul mata dan menajamkan kepakaran mereka, seterusnya melayakan diri dalam kejohanan Olimpik.

“Kejohanan ini juga adalah kejohanan terpenting dalam kalendar aktiviti Yayasan TSM Charity Golf (TSMCG) kerana ia adalah platform utama mencari bakat-bakat baharu yang ingin berjaya dalam arena sukan golf sehinggalah menjadi pemain profesional,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran kejohanan TSM Golf Challenge di KLGCC, semalam. Turut hadir Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

TSM Golf Challenge kali ini menawarkan hadiah RM130,000 (Geran Pembangunan Golf) kepada pemenang kategori lelaki dan wanita di bawah kendalian MGA.

Biasiswa itu meliputi perbelanjaan untuk tempoh enam bulan hingga satu tahun pada program latihan golf dan penyertaan dalam kejohanan berjadual di wilayah dikendalikan oleh MGA.

Sementara itu, Mohd. Anwar berkata, daripada 88 pemain itu yang dikenal pasti layak menyertai TSM Golf Challenge kali ini, 52 daripadanya adalah pemain lelaki dan 36 wanita.

Beliau menaruh keyakinan bahawa melalui kejohanan-kejohanan yang berprestij peringkat amatur seperti TSM Golf Challenge ini mampu menjadi platform terbaik bagi para peserta menjadi pemain profesional.

“Bagaimanapun pemain yang gagal ke status profesional, mereka tidak perlu berputus asa kerana melalui akademi golf yang ada di bawah kendalian MGA, mereka juga mampu menempatkan diri ke universiti awam di negara ini dalam bidang golf.

“Ini kerana MGA sudah ada memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok bagi program pembangunan golf. Melalui program ini, mereka juga boleh berjaya dalam golf industri walaupun bukan sebagai pemain profesional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya