Kanak-kanak 3 tahun alami mengantuk melampau dan lemah selepas makan biskut ganja - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 3 tahun alami mengantuk melampau dan lemah selepas makan biskut ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sejumlah kanak-kanak dan remaja di Thailand dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan kesan sampingan yang serius akibat penggunaan ganja.

Terdahulu, Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt menzahirkan kebimbangannya mengenai kesihatan dan keselamatan golongan kanak-kanak selepas penggunaan dibenarkan di negara ini.

Jurucakap Hospital Chulalongkorn, Prof. Dr Opass Putcharoen berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dimasukkan ke hospital akibat kesan mengantuk melampau dan lemah selepas makan biskut yang dicampur dengan ganja di rumah saudaranya.

Satu lagi kes melibatkan seorang pesakit dengan gangguan mental berusia 14 tahun yang mengalami masalah pernafasan dan perubahan sikap ketara selepas diberikan ganja oleh rakan-rakannya.

“Seorang remaja berusia 17 tahun di wilayah Phichit pula dimasukkan ke hospital selepas berhalusinasi dan cuba mencederakan diri akibat makan bunga ganja.

“Situasi ini menunjukkan penggunaan ganja boleh jadi berbahaya jika digunakan tanpa kawalan dan tidak sewajarnya,” Opass.

Jelas beliau, kebanyakan kes akan menyebabkan kanak-kanak dan remaja berhalusinasi sehingga bertindak luar kawal, sekali gus mempengaruhi sikap mereka pada masa akan datang sekiranya tidak mendapatkan rawatan segera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya