'Jangan normalisasi perkara jelas bertentangan Islam, nilai masyarakat'

‘Jangan biasakan perkara jelas bertentangan Islam, nilai masyarakat’

IDRIS menerima kunjungan CMCF berbincang mengenai pematuhan kod kandungan baharu etika dalam kandungan agama disiarkan di TV dan radio di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jangan cuba membiasakan perkara yang jelas bertentangan dengan hukum Islam dan sistem nilai dalam masyarakat. 

Itu tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kepada penyedia kandungan televisyen (TV) dan radio di negara ini. 

Idris berkata, pihaknya akui ketika ini terdapat kandungan di TV yang dipaparkan mengundang resah masyarakat kerana terdapat unsur yang bercanggah dengan agama dan budaya.

“Isu ini perlu menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk pemimpin negara, parti politik, karyawan, stesen TV dan Radio, pembekal kandungan, influencer, peniaga, pencipta kandungan, asatizah dan semua golongan yang melibatkan diri dalam penghasilan kandungan. 

“Saya akan memastikan daripada masa ke semasa perkara ini terus dipantau, diperkemas dan diperketat supaya kesedaran berterusan mampu dihayati oleh semua masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Terdahulu, Idris menerima kunjungan Pengarah Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood bagi berbincang mengenai kod kandungan baharu yang disediakan CMCF untuk memastikan etika dalam kandungan agama yang disiarkan di dalam TV dan radio dipatuhi. 

Jelas Idris lagi, kod kandungan baharu ini akan menjadi garis panduan kepada pihak yang terlibat dalam penyiaran selain mengawal sifat melampau dalam menghasilkan kandungan yang dihidangkan kepada masyarakat. 

“Kami bersetuju bahawa kandungan yang disiarkan di saluran TV dan radio tempatan perlu sentiasa dipantau bagi memastikan ia tidak melanggar batas agama dan peraturan. 

“Malah, kami juga bersetuju memberikan kesedaran kepada pihak penyiaran untuk mengeluarkan kandungan berkualiti dan tidak melanggar batas agama dan peraturan.

“Pada masa yang sama, saya berpendapat aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu dipergiatkan,” katanya. 

CMCF adalah sebuah badan berdaftar di bawah SKMM.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.