GAZIANTEP, TURKIYE: Sembilan jam jalan kaki, tanpa kasut, sehelai sepinggang, sambil bergilir-gilir menggendong seorang anak mengalami kecacatan fizikal. Demikian dilalui Aishah Yassin, 54, sekeluarga ketika cuba menyelamatkan diri melalui laluan penuh berliku untuk sampai ke sempadan Turkiye selepas kediamannya di A’zaz, utara Syria musnah dibedil bom. Kejadian enam tahun lalu itu diceritakan Aishah ketika mengimbau apa yang dilaluinya dalam pertemuan bersama kumpulan misi kemanusiaan MyCare-Econsave di rumah sewanya di kawasan…










