Industri ternakan ayam: Penglibatan Nafas, Angkasa merugikan? - Utusan Malaysia

Industri ternakan ayam: Penglibatan Nafas, Angkasa merugikan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penglibatan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) dalam memperkasakan industri ayam di negara ini dibimbangi menyebabkan penternak menanggung kerugian dalam tempoh jangka masa panjang.

Seorang penternak yang enggan dikenali berkata, gabungan dua entiti itu dikhuatiri mencetuskan lambakan bekalan ayam sekali gus menyebabkan berlakunya saingan dalam penawaran harga.

Katanya, ini kerana isu berkaitan bekalan yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan permintaan yang meningkat susulan lebih banyak kelonggaran diberikan dan bukannya kerana kekurangan pengeluaran.

“Isu sekarang kalau kita faham dengan teliti adalah disebabkan permintaan yang meningkat berkali ganda kerana musim perayaan, rumah terbuka dan kenduri. Tetapi suasana aktiviti itu dan permintaan sekarang sudah berkurang, jadi permintaan bekalan sudah mula back to normal.

“Jadi, kalau tambahkan pengeluaran dan dalam masa sama permintaan tak ada, apa jadi? Harga ayam turun sampai penternak rugi sebab ayam itu tak terjual. Itu sebab susah kalau orang tak pelan dalam jangka panjang.

“Contoh sarung tangan getah. Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua cari, tetapi tengok lah hari ini apabila masing-masing sudah buat (pengeluaran banyak), ada syarikat terkemuka terpaksa henti operasi sebab tak ada orang beli dan benda sama boleh jadi pada ayam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Beliau menambah, pihaknya bagaimanapun tidak menghalang penglibatan kedua-dua entiti itu kerana industri ayam adalah pasaran terbuka.

Kelmarin media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penglibatan Nafas dan Angkasa dalam keseluruhan ekosistem industri ayam sebagai usaha kerajaan menjamin sekuriti makanan negara.

Langkah kedua-dua pertubuhan yang masing-masing mempunyai seramai sejuta dan tujuh juta ahli melalui 14,835 koperasi diyakini berupaya membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga ayam dan bekalan makanan.

Dalam pada itu, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, FLAM menyambut baik kemasukan Nafas dan Angkasa bagi memastikan bekalan dalam industri ayam terus mendapat jaminan.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan, malah mengalu-alukan kehadiran kedua-dua entiti itu dan mungkin ramai lagi dalam memperkasakan industri ayam.

“Cuma kita nasihat supaya pandai uruskan industri ini sebab ia melibatkan barang yang hidup. Mana-mana syarikat juga perlu pandai dalam menguruskan sebab takut nanti modal yang dilabur itu habis pula.

“Sebab kalau tengok 2018 dan 2019 kebanyakan kita rugi. 2020 juga rugi kerana PKP orang tak beli ayam dan separuh dari 2021 juga kita rugi, jadi meniaga ini tak semestinya untung,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya