HFMD terkawal di tabika, taska Kemas - Utusan Malaysia

HFMD terkawal di tabika, taska Kemas

MOHAMAD Yasid (kanan) dan Pengarah Kemas Terengganu, Dr. Faridah Mat pada Program Asnaf Berdikari Peringkat Terengganu di Kuala Nerus hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Situasi jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kini terkawal.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, sehingga hujung bulan lalu, sebanyak 105 tabika dan 75 taska di seluruh negara ditutup selama 10 hari gara-gara jangkitan penyakit berkenaan.

Sehubungan itu katanya, ibu bapa dan penjaga disarankan untuk tidak menghantar kanak-kanak ke premis berkenaan jika anak-anak mereka mempunyai simptom HFMD.

“Pastikan anak-anak sihat sebelum sesi persekolahan kembali dibuka minggu depan.

“Guru-guru juga perlu mengekalkan aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan murid sepanjang mereka berada di dalam kelas,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Asnaf Berdikari Peringkat negeri di sini hari ini.

Mohamad Yasid berkata, ibu bapa dan penjaga tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak di tabika dan taska sekiranya langkah-langkah pencegahan diamalkan semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN