Harga ayam tak diapung, tarif elektrik, air kekal - Utusan Malaysia

Harga ayam tak diapung, tarif elektrik, air kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung selain akan menetapkan harga siling ayam baharu dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu kerajaan akan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Menurut beliau, langkah itu perlu dibuat di tengah-tengah peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain

“Ini bermakna, pemberian rebat dua sen per kilowatt jam (kWj) dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

“Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung.

“Pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersial dan industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Ismail Sabri lagi, kerajaan juga  memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dan  harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya