Hapuskan rasuah tarik pelabur ke Malaysia - Utusan Malaysia

Hapuskan rasuah tarik pelabur ke Malaysia

mahathir
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penolakan rasuah dalam pentadbiran negara perlu bagi memastikan ekonomi Malaysia tidak semakin terjejas hingga menyebabkan angka kemiskinan tempatan meningkat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika aktiviti rasuah masih berleluasa ia akan menyebabkan negara kehilangan pelabur.

Menurut beliau, kebanyakkan pelabur lebih berminat untuk melakukan pelaburan di Indonesia, kerana antaranya lain juga disebabkan populasi di republik tersebut lebih besar berbanding Malaysia malah kos pengeluaran di sana juga rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penduduk Indonesia 270 juta sedangkan Malaysia cuma 32 juta jadi pasaran di sana lebih besar. Malah, kos pengeluaran di Indonesia juga lebih rendah, untuk ini kita perlu cari jalan supaya kos ini dapat diatasi oleh kita,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain itu, menurut beliau, Malaysia juga perlu menghapuskan rasuah bagi mengalakkan pelabur yakin untuk membuat pelaburan di sini.

“Tetapi kita dapati tidak ada satu usaha yang kuat untuk menghapuskan kegiatan tersebut. Selain daripada itu, infrastruktur pentadbiran kita mesti cekap dalam menangani pelabur.

“Kadangkala pelabur datang ke negara nak jumpa pegawai, menteri tak dapat, jauh sekali dapat perdana menteri. Layanan kepada pelabur walaupun menteri tak faham apa itu pelaburan tetapi memberi layanan baik kepada pelabur akan menyebabkan mereka melabur di Malaysia,” katanya.

Terdahulu Dr. Mahathir yang juga Pengerusi  Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menghadiri forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Mengulas  lanjut, Dr. Mahathir berpendapat pelaburan adalah satu perkara yang mampu memperkayakan negara dan tanpanya ia akan menjadikan Malaysia sebagai negara miskin.

“Kalau pelabur tak dilayan dengan baik, tiada dasar yang menarik saya percaya individu seperti Elon Musk seumpamanya akan lebih memilih pergi ke Indonesia,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×