Halep kecewa tidak bermain di gelanggang utama

Halep kecewa tidak bermain di gelanggang utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain No. 1 dunia, Simona Halep kecewa tidak diberi peluang membuka kempen kejohanan tenis Wimbledon hari ini di Gelanggang Utama.

Juara bertahan wanita secara tradisinya beraksi di gelanggang utama pada hari kedua kejohanan, namun persaraan Ash Barty meninggalkan slot.

Selaku juara 2019, Halep sepatutnya menjadi pengganti Barty selepas kejohanan 2020 dibatalkan akibat Covid-19 dan dia tidak beraksi pada 2021 kerana kecederaan.

Begitupun, penganjur Wimbledon memberi penghormatan itu kepada pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek dari Poland.

“Memang saya kesal, terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Apa pun saya lebih kecewa terlepas kejohanan tahun lalu akibat kecederaan.

“Adalah sangat bagus untuk membuka kejohanan di gelanggang utama, namun saya terlepas peluang itu tahun lalu,” kata Halep yang akan membuka kempen dengan menentang pemain Republik Czech, Karolína Muchova hari ini.

SIMONA Halep menjalani latihan bersama jurulatih baharunya, Patrick Mouratoglou di Wimbledon semalam.

Selepas mengalami kecederaan pada 2021, pemain Romania berusia 30 tahun itu pernah mempertimbangkan untuk bersara.

Begitupun kata Halep, perjalanan ke Terbuka Perancis, awal bulan ini menghidupkan semula semangatnya dan membawa kepada pelantikan Patrick Mouratoglou, bekas jurulatih Serena Williams sebagai jurulatihnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya