Empat penghuni rumah anak yatim melarikan diri - Utusan Malaysia

Empat penghuni rumah anak yatim melarikan diri

WAN MOHD. ZAHARI WAN BUSU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Empat penghuni termasuk tiga beradik yang menghuni sebuah rumah anak yatim terletak di Kempadang di sini dilaporkan melarikan diri dari pusat jagaan berkenaan, semalam. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan itu yang dibuat kira-kira pukul 5.07 petang.

Menurutnya, berdasarkan laporan penyelia asrama, mereka yang melarikan diri berusia antara 13 tahun hingga 15 tahun dari Kampung Cenderawasih, Pekan.

“Empat penghuni itu disedari tidak berada di rumah anak yatim berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 20 Jun lalu dan dipercayai melarikan diri menggunakan pintu belakang.

“Hasil siasatan awal mendapati, keempat-empat pelajar yang melarikan diri datang dari kampung yang sama dan tiga daripadanya merupakan adik-beradik. Punca mereka melarikan diri dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan penyelia yang melarang menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, usaha mencari telah dibuat, namun masih gagal ditemukan.

Jelasnya, mereka berempat yang merupakan anak-anak asnaf mendiami asrama tersebut sejak dua tahun lalu.

“Dalam pada itu, pihak keluarga kesemua penghuni terbabit telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan. Bagi kes ini telah diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN