Hilux terbabas

Dua maut, tiga cedera Toyota Hilux terbabas

KENDERAAN pacuan empat roda yang terbabas dan melanggar jenjantas di susur masuk ke Taman Damansara Aliff, Lebuhraya Pasir Gudang, Johor pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua maut manakala tiga cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh tiang jejantas di susur masuk ke Taman Damansara Aliff,  Lebuhraya Pasir Gudang, di sini pagi ini.

Mangsa yang maut ialah Charles Anak Singgai, 24, dan Rizky Ahmad Hua Abdullah, 35. Mereka yang cedera ialah Douglas Anak Martin, 29, Kareno Anak Esang, 39 dan Andy Mieky Anak Bunyah, 22.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi Wan Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.39 pagi.

Beliau berkata, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) membabitkan sembilan anggota dari BBP Tebrau dan BBP Kempas dikejarkan ke tempat kejadian susulan panggilan kecemasan diterima.

“Kemalangan membabitkan Toyota Hilux yang terbabas dan merempuh tiang jejantas berkenaan.

“Perlanggaran tersebut menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian dengan seorang mangsa tersepit di bahagian penumpang dan seorang lagi dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tiga mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, pihaknya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat sebelum menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. 

Operasi menyelamatkan mangsa kemalangan tamat pada pukul 7.55 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN