PUTRAJAYA: Aduan bunyi bising seperti mesin dari sebuah rumah sewa bukan hanya mengganggu jiran setempat sebaliknya membongkar aktiviti perlombongan bitcoin.
Dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Putra Prima, Puchong pukul 2.15 petang tadi, polis merampas pelbagai peralatan melombong bitcoin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, rampasan membabitkan 36 unit mesin lombong bitcoin, 18 unit pembekal kuasa jenama Bitmain, sembilan unit kipas ‘blower’ dan satu unit monitor komputer.
Menurut beliau, pihaknya menerima aduan penduduk yang mendakwa terdengar bunyi bising dari sebuah rumah sebelum melakukan serbuan dan imenemui mesin mesin bitcoin bersepah di ruang tamu dan bilik tidur.
Kata beliau, siasatan mendapati ejen rumah adalah ejen yang sama dengan rampasan mesin bitcoin sebelum ini.
Katanya, pihaknya turut menahan ejen sewaan premis bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN