Premis bitcoin haram curi elektrik diserbu

Premis bitcoin haram curi elektrik diserbu

ANGGOTA polis dan kakitangan TNB menyerbu sebuah premis yang mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan melombong bitcoin secara haram di Taman Seruling Indah, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis menyerbu sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan melombong bitcoin secara haram dengan berselindung di sebalik syarikat kejuruteraan elektrik di Taman Seruling Indah, di sini petang semalam.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Risikan dan Operasi (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, premis terbabit disyaki terlibat mencuri bekalan eletrik untuk menjalankan kegiatan perlombongan itu.

“Serbuan dilakukan ekoran aduan dibuat seorang juruteknik TNB selepas mengesan premis yang terletak di tingkat dua bangunan kedai itu membuat penyambungan elektrik terus daripada kabel utama di luar premis tanpa melalui meter elektrik.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan kemudiannya mendapati terdapat kesan tebuk di dinding hadapan premis untuk laluan kabel elektrik yang dicuri ke mesin melombong bitcoin yang dijalankan secara haram,” katanya dalam kenyataan.

Dalam serbuan itu kata Zaidy, pihaknya turut merampas sebanyak 135 mesin bitcoin bersama dua unit bekalan kuasa yang sedang dalam proses ditaksir nilainya.

“Bagaimanapun ketika serbuan, pihak kita tidak menemukan individu di dalam premis berkenaan yang dipercayai telah beroperasi lebih beberapa bulan lalu.

“Kita dalam proses mengesan pemilik premis terbabit untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bersekali dengan Seksyen 37(1), Seksyen 37(3) dan Seksyen 37 (14) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya