Ismail sabri

Bersatu bincang kedudukan Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 8 Jun lalu antara lain membincangkan kedudukan Da­tuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber mendedahkan, per­kara itu antara dua cadangan yang didakwa dinyatakan sendiri oleh kalangan pemimpin parti tersebut dalam mesyuarat berke­naan.

“Bersatu kata, kalau boleh nak (bincang) sekarang ke­du­dukan Ismail Sabri. Sebab ka­lau Bersatu dapat sokongan daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH), dia boleh tukar kerajaan Ismail Sabri tanpa adakan pilihan raya.

“Bagaimana caranya. Itu tidak disebut. Tetapi jika difikir secara logik, caranya adalah dengan menarik sokongan.

“Cuma sekarang ini Bersatu tak buat lagi sebab kalau Ismail Sabri jatuh, tidak tahu siapa yang akan naik. Jadi parti itu tidak mahu perkara itu berlaku. Sebab Bersatu memang ada niat untuk memegang kembali jawatan Perdana Menteri” dakwanya ketika dihubungi, semalam.

Namun, jelas sumber itu lagi, terdapat tiga ahli MPT yang bangkit bersuara supaya Bersatu kembali menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Ismail Sabri.

“Tiga ahli MPT itu adalah Datuk Razali Idris, Datuk Seri Ikmal Hisham dan Dr. Faiz Na’aman. Mereka minta supaya kekal sokong Ismail Sabri dan ikut sahaja saranan Pas,” jelasnya.

Mengulas lanjut, cada­ngan kedua yang didakwa dise­but pemimpin Bersatu adalah membuat gabungan kesemua parti politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Cadangan kedua ini akan dibuat sekiranya cadangan pertama tidak berjaya,” katanya ringkas.

Jelas sumber itu lagi, suara MPT itu kemudiannya di­sambut dengan menjelaskan sokongan terhadap Ismail Sabri adalah antara cadangan yang disenaraikan biro politik Bersatu.

Dalam mesyuarat yang sama, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut membangkitkan mengenai isu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pindaan perlembagaan parti dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO bagi membolehkan ia membuat pemilihan dalam tempoh enam bulan selepas PRU diadakan.

Jelas sumber, Hamzah hanya menyerahkan kepada Ismail Sabri untuk membuat keputusan mengenai perkara itu kerana jika ia diluluskan atau tidak, kedua-duanya tetap akan memberi kesan.

“Permohonan EGM UMNO nak pinda perlembagaan, dia (Hamzah) serahkan kepada Ismail Sabri untuk membuat keputusan. Sebab dia kata, kalau diterima ada kesan ditolak pun ada kesan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN