Arul Kanda mula beri keterangan sebagai saksi

Arul Kanda mula beri keterangan sebagai saksi

ARUL KANDA KANDASAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi dalam kes Datuk Seri Najib Razak yang didakwa telah meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengelakkan dirinya dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Arul Kanda sebelum ini didakwa bersubahat dengan bekas Perdana Menteri itu bagi melakukan perkara sama atas tujuan bagi mengelakkan Najib tidak dikenakan sebarang tindakan. 

Hakim Mohamed Zaini MAzlan membenarkan permohonan tersebut selepas berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya adhoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram bahawa Arul Kanda merupakan saksi yang relevan dalam perbicaraan kes itu.

Pada ketika ini, Arul Kanda sedang memberi keterangan berhubung mesyuarat yang berlaku pada 24 Februari 2016 yang mana pada mesyuarat itu dikatakan Najib telah meminta beberapa perkara digugurkan daripada laporan audit 1MDB.

Menurut bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa dalam keterangannya sebelum ini, menyatakan pada mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada Februari 2016 atas arahan Najib, terdapat empat perkara yang perlu digugurkan daripada laporan audit tersebut.

Antara empat perkara yang diarahkan Najib untuk digugurkan adalah mengenai kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho dalam mesyuarat 1MDB dan dua versi laporan kewangan 2014 syarikat itu yang bercanggah.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya