Anwar hanya akan keluarkan kenyataan selepas pengumuman JPP - Utusan Malaysia

Anwar hanya akan keluarkan kenyataan selepas pengumuman JPP

ANWAR IBRAHIM dan RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pemilihan partinya sebelum ini selepas pengumuman dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Beliau yang kekal memegang jawatan sebagai peneraju pimpinan utama itu berkata, dirinya ada menghubungi Rafizi Ramli yang berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Menurutnya, JPP menasihati beliau untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu pemilihan.

“Saya ada menghubunginya, beliau (Rafizi) ada menelefon saya. Jadi apa-apa kenyataan rasmi setelah JPP membuat pengumuman.

“Saya dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh menyinggung pemilihan tetapi saya rasa pemilihan dan semangat perubahan itu adalah satu yang positif bagi parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis peluncuran buku kombo merdeka 65 tahun karya Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr. A. Samad Said.

Terdahulu, akhbar melaporkan, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan berjaya merebut kerusi Timbalan Presiden dan mengalahkan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan hasil undian sebanyak 66,359.

Walau bagaimanapun, terdapat kekeliruan dalam proses pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan 2,000 ahli parti itu membuat bantahan mendorong PKR sekali lagi menangguhkan kongresnya yang dijadual hujung bulan ini kepada 15 hingga 17 Julai depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya