Aliran trafik masih sesak di semua lebuh raya

Aliran trafik masih sesak di semua lebuh raya

PENGGUNA jalan raya dinasihatkan sentiasa bersabar dan merancang perjalanan serta memandu kenderaan secara berhemah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan masih sesak susulan cuti penggal persekolahan.

Antara lokasi yang dikesan berlaku kesesakan di lebuh raya di sektor utara (Gua Tempurung), sektor selatan (dari arah Johor) dan sektor timur di lebuh raya Karak.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata,ia susulan peningkatan keluar kenderaan dari Lembah Klang bermula semalam. 

“Bermula pada peralihan fasa endemik, sebanyak 31 lebuh raya di seluruh negara mula mencatatkan peningkatan kenderaan.

“Sebanyak 5.35 juta kenderaan direkodkan melalui di 31 lebuh raya seluruh negara pada Jumaat lalu dan meningkat 5.6 juta kenderaan semalam menyebabkan beberapa kawasan mengalami kesesakan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa bersabar dan merancang perjalanan serta memandu kenderaan secara berhemah.

“JSPT sentiasa memantau aliran trafik, saya juga menyeru kepada pengguna jalan raya supaya dapat menyalurkan maklumat kepada JSPT sekiranya melihat pelanggaran peraturan dilakukan pengguna jalan raya lain,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN