7 kematian

7 kematian Covid-19; 3 kematian luar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan 1,445 kes berbanding kelmarin, 1,323 kes tetapi diatasi 2,071 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, tujuh kes kematian dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,676 kes. 

Selain itu, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,558 kes.

Bagi jumlah jangkitan baharu pula, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 665 kes diikuti Kuala Lumpur (287), Pulau Pinang (84), Perak (73) dan Negeri Sembilan (72). 

Diikuti Kedah (45), Sarawak (44), Melaka (43), Sabah (36), Johor (29), Putrajaya (22), Terengganu (18), Kelantan (15), Pahang (13), Perlis (4) dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 422 orang berbanding kelmarin, seramai 432 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 28 orang berbanding jumlah kelmarin, 32 orang.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 15 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak tiga kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, dua kluster sekali gus menjadikan 7,013 keseluruhan kluster. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN