PETALING JAYA: Seramai 297 jemaah haji penerbangan kumpulan ketujuh (KT07B) termasuk empat petugas selamat berlepas ke Tanah Suci, pagi ini.
Menurut Lembaga Tabung Haji (Tabung haji), jemaah haji KT07B itu bertolak dari Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.20 pagi dan berlepas ke Madinah pada pukul 11.30 pagi.
“Mereka dijangka sampai pada pukul 3 petang waktu Arab Saudi. Semoga perjalanan para jemaah haji Malaysia dipermudah dan selamat ” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.
Ketika ini dianggarkan 1,172 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci sejak penerbangan kumpulan pertama pada Sabtu lalu.
Dianggarkan sejumlah 14,306 individu menjadi tetamu Allah mengikut ketetapan kuota rasmi Malaysia bagi musim haji 1443H/2022M. – UTUSAN










