1,124 majikan dikompaun tidak daftar, carum Perkeso

1,124 majikan dikompaun tidak daftar, carum Perkeso

MOHAMMED AZMAN AZIZ MOHAMMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Sebanyak 1,124 kompaun dan lapan arahan pematuhan dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap majikan menerusi Op Kesan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pemeriksaan berkenaan melibatkan 5,579 majikan sejak Op Kesan dilancarkan pada 8 Jun lalu.

Menurutnya, sebanyak 833 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) manakala bakinya 291 kompaun dan lapan arahan pematuhan pula dikeluarkan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

“Jumlah keseluruhan menunjukkan hampir 20 peratus majikan yang dilawati masih belum mendaftar dan mencarum pekerja mereka di bawah Akta 4 dan Akta 800.

“Perkeso akan meningkatkan usaha dan menggembleng seluruh tenaga di seluruh negara untuk melawat majikan-majikan dan memastikan bahawa mereka mendaftar dan mecarum (pekerja),” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Tapah yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di sini hari ini.

Mengenai sektor paling tinggi melakukan kesalahan sepanjang Op Kesan dilancarkan sehingga kini, Mohammed Azman berkata, ia melibatkan sektor perkhidmatan dan peruncitan.

“Saya berharap majikan tampil untuk mendaftar pekerja dan seperti yang telah saya nyatakan bahawa jika pekerja tidak didaftarkan jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, hilang upaya dan kematian mereka tidak akan mempunyai sebarang jaminan keselamatan sosial dan akan membebankan mereka dan keluarga.

“Jadi saya minta semua majikan untuk hadir ke pejabat perkeso bagi mendaftar dan mencarum pekerja mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN