Waris warga emas maut digilis lori mohon saksi tampil bantu siasatan

Waris warga emas maut digilis lori mohon saksi tampil bantu siasatan

TAN Poh Mae (dua dari kanan) menunjukkan gambar motosikal yang ditunggangi bapanya yang maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, Senawang, Seremban minggu lalu. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli keluarga kepada seorang lelaki warga emas, Tan Kian Ling yang maut digilis sebuah lori di Senawang pada 11 Mei lalu, merayu kepada saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Anak bongsu mangsa, Tan Poh Mae, 35, berkata, sehingga kini ahli keluarga tidak tahu bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku kerana tiada orang awam yang melihat kejadian selain kawasan tersebut tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

“Saya meminta jasa baik orang ramai yang berada di lokasi ketika kejadian kemalangan itu untuk membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Sehingga kini tiada saksi kejadian yang kedepan untuk memberitahu detik-detik ketika kemalangan.

“Ada komen di Facebook memberitahu ayah saya terhimpit dengan sebuah motosikal roda tiga dan kemudian terjatuh di tayar lori. Tetapi sehingga kini tiada saksi yang berani tampil kedepan ceritakan kejadian sebenar,” katanya dalam sidang akhbar di Taman Merpati di sini yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.

Dalam kejadian pada 11 Mei lepas, seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori sejauh lebih kurang 10 meter dalam nahas di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa seorang lelaki berusia 80 tahun, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau rakaman kemalangan tersebut juga boleh menghubungi menantu mangsa, Liew Foot Heng, 48, menerusi nombor telefon 018-762 1128.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN