Ustaz Kazim dinasihat jumpa doktor

Ustaz Kazim dinasihat jumpa doktor

USTAZ KAZIM ELIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dinasihat berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan rawatan sakit kulit yang dihidapinya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ini untuk memastikan pendakwah itu mendapat rawatan yang tepat.

Menurutnya, rawatan penyakit juga perlu dilakukan oleh pihak yang bertauliah.

“Sesiapa pun kalau ada sakit kulit, pergilah berjumpa doktor di klinik, mesti dapat rawatan yang tepat,  diagnosis yang tepat untuk rawatan, tak boleh terima siapa-siapa yang datang (untuk merawat), rawatan mesti daripada orang yang bertauliah.

“Jadi saya cadangkan bukan sahaja Datuk Ustaz tapi siapa saja yang ada sakit, tampil ke hospital.

“Kalau kes itu berat, kes akan dirujuk ke hospital besar, hospital pakar dan doktor pakar yang akan buat keputusan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al Baqir, di sini hari ini.

Kelmarin, Ustaz Kazim Elias dalam hantaran di Facebook mendedahkan dirinya mempunyai sakit misteri yang menyebabkan tubuhnya luka berdarah secara tiba-tiba.

Menurutnya, beliau telah mencuba pelbagai bentuk rawatan sama ada moden mahupun tradisional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya