Tukang masak maut rempuh lori berhenti di LPT2

Tukang masak maut rempuh lori berhenti di LPT2

KEADAAN motosikal Yamaha 135LC ditunggang Muhammad Haziq Abdul Halim selepas merempuh lori yang berhenti di Kilometer 335.5, LPT 2 berhampiran R&R Paka, Dungun, Terengganu, tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang tukang masak maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kiri di Kilometer 335.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Haziq Abdul Halim, 21, dari Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori muatan daging sejuk beku itu dipercayai memberhentikan kenderaan berkenaan tanpa membuka lampu untuk tidur.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah sama terlanggar bahagian belakang lori itu yang menyebabkannya maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baharudin berkata, kejadian itu disaksikan orang awam, Mohd. Kamaruzzaman Mohd. Kamaruk Arifin, 36, yang kemudian memberhentikan kenderaannya untuk mengejutkan pemandu lori tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori itu bertindak memecut kenderaan sebaik sahaja dikejutkan daripada tidur sebelum ditahan saksi di susur masuk Plaza Tol Bukit Besi.

“Pemandu lori direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan hasil ujian saringan air adalah negatif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya