PUTRAJAYA: Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat kepincangan integriti melibatkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu pelanggaran protokol halal sebuah rumah sembelihan di Australia yang diiktiraf jabatan itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penyelidik bebas Australia, Murray Hunter berkata, segala bukti telah pun didedahkan selain pengakuan sendiri saksi utama salah laku di Thomas Food Industries (TFI) termasuk bukti rakaman audio membabitkan dalang di sebalik ketidakpatuhan rumah…