Tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan Perajurit Muda

Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda

ZAMROSE Mohd. Zain menyampaikan anugerah Perajurit Muda Wanita Terbaik kepada Nur Syafiqah Liyana sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Tentera Darat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/2021 dan Wanita Siri 47/2021 yang diadakan di Pusasda, Port Dickson, hari ini. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang atlet pelari pecut 400 meter dinobatkan sebagai Perajurit Muda Wanita Terbaik sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Tentera Darat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/2021 dan Wanita Siri 47/2021 yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini hari ini.

Nur Syafiqah Liyana Mohd. Noor, 22, yang merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik beradik itu memberitahu, sebelum ini menyertai Sukan Malaysia (Sukma) sejak tahun 2018 malah turut menerima tawaran mewakili negara di Sukan SEA Hanoi, Vietnam yang sedang berlangsung.

“Alhamdulillah saya gembira dengan anugerah yang diterima ini. Usaha terbalas apabila saya berjaya menamatkan latihan pada hari ini walaupun terpaksa menolak menerima tawaran mewakili negara di Sukan SEA dalam acara lari berganti 4X400 meter. 

“Saya berharap impian saya memasuki Sukan SEA pada masa akan datang akan tercapai walaupun memasuki tentera darat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anugerah yang diterimanya itu disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Sementara itu, Nur Syafiqah Liyana memberitahu, ketika dalam latihan, dia sempat menghubungi jurulatih dan memaklumkan tentang tawaran mewakili negara ke Sukan SEA tersebut.

“Tetapi saya memaklumkan mahu meneruskan latihan sebagai Perajurit Muda kerana keluarga amat mengharapkan saya mempunyai kerja tetap dan memasuki perkhidmatan awam. Saya hanya mahu membahagiakan ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan kepada selama ini,” katanya. 

Jelas Nur Syafiqah Liyana, ibunya, Wan Salmah Wan Salleh, 60, merupakan suri rumah manakala bapanya, Mohd. Noor Jusoh, 61, merupakan peniaga keropok di Pasar Payang, Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya