Tengku Amir rai Aidilfitri bersama penyokong SFC

Tengku Amir rai Aidilfitri bersama penyokong SFC

TENGKU Amir Shah mencemar duli bermesra dengan tetamu yang hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SFC dekat Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Raja Muda Selangor,  Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor FC (SFC) di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Tanjong Karang di sini, hari ini.

Baginda yang tiba kira-kira pukul 2.40 petang beramah mesra dengan lebih 10,000 tetamu terutama penyokong Red Giant.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Karang, Tan Sri Noh Omar dan barisan pemain SFC.

Penganjur program itu, Datuk Shahrizal Sahri berkata, pihaknya teruja menerima kehadiran Tengku Amir yang dianggap tetamu istimewa.

Kata beliau yang juga Presiden Tanjong Karang FC (TKFC), program menemui pemain bola sepak SFC kebiasaannya di Lembah Klang namun kali ini berlangsung di luar bandar.

“Saya mewakili penyokong dari Tanjong Karang gembira dapat bekerjasama dengan SFC secara lebih dekat.

“Program seumpama ini memberi peluang kepada penduduk luar bandar untuk beramah mesra dengan pemain dan pengurusan pasukan Selangor,” katanya.

Pada program itu, Tengku Amir turut berkenan majlis menyerahkan duit raya kepada pelajar Tahfiz Haji Omar.

Baginda kemudian menerima penyerahan penajaan SFC daripada Prisha (M) Sdn. Bhd. dan Ali Good Bind Sdn. Bhd.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN